Dikisahkan 17,000 tahun lalu sebutir bintang telah kehabisan bahan bakar dan kemudiannya mengecut menjadi pulsar dengan diamater 18 kilometer sahaja.
|
| Sebenarnya kilauan cahaya yang kelihatan di imej ini tidak boleh dicerap dengan mata kasar. Ianya dicerap menggunakan teleskop X-ray Chandra, menghasilkan suatu panorama seolah olah "tangan biru" di angkasa. Panorama” tangan biru” pada imej ini seluas 150 tahun cahaya. Pulsar PSR B1509-58 ini terletak sejauh 17 ribu tahun cahaya dari bumi bererti kejadian ini telah berlaku 17 ribu tahun lalu. |
Walaupun telah kehabisan bahan bakar, pulsar ini masih mengeluarkan tenaga yang kuat dan berputar sebanyak tujuh kali sesaat. Pulsar ini yang diberi nama sebagai PSR B1509-58 turut mengeluarkan medan magnet dengan kekuatan 15 trilion lebih kuat berbanding medan magnet bumi. Kombinasi antara putaran dan medan magnet ini menghasilkan angin elektron dan menyebabkan awan gas (RCW 89) bersinar kemerahan.
NOTA: Setahun Cahaya adalah bersamaan dengan jarak 10 trilion kilometer. 17 ribu tahun cahaya bererti 17 ribu X 10 trilion kilometer = 170 000 000 000 000 000. (Ba cuba lah sebut angka ni hehehe)
PERIHAL PULSAR: Dalam cerita sains, dikatakan apabila bintang kehabisan bahan bakarnya / mati, ianya akan meletus dan merudum (runtuh / mengecut) membentuk sfera dan biasanya lebih kecil daripada saiz bumi kita. Ianya dipanggil sebagai PULSAR, Selain itu bintang ini mempunyai seakan suatu cahaya / suluhan. Disebabkan bintang ini berputar dengan amat pantas maka ianya turut mengeluarkan medan magnet yang amat kuat. Kekadang putaran pulsar adalah 8 kali dalam sesaat. Dan ada juga pulsar yang berputar sekali setiap 1.4mili saat.
|
| Disebabkan paksi medan magnet (utara dan selatan) pulsar adalah tidak sama dengan paksi utara dan selatan bintang ini maka dalam ia berputar itu akan mewujudkan scenario seolah olah “fire house beam” (suluhan lampu rumah api). Sebab itulah ianya kelihatan seperti “berdenyut” (pulse) Jadi kombinasi perkataan “pulse” mewujudkan istilah “Pulsar” dan merujuk kepada “bintang yang berdenyut” (PULSAR). |
“palis-palis om jauh jauh” kalaulah matahari kita menjadi pulsar, kononnya tiada hidupan di bumi yang boleh menanggung kekuatan radiasi medan magnetnya……(”bah…. Mati la”)
Pulsar pertama dicerap ialah PSR1919+21 (nama lain LGM-1, little green men) pada 1967 oleh Jocelyn Bell Burnell dan Anthony Hewish.
KANAN: Gabungan imej yang diambil menggunakan teleskop X-ray Chandra dan imej optikal (teleskop biasa) menunjukan Nebula Crab di sinari oleh kesan radiasi medan magnet dan pertikel yang dikeluarkan oleh pulsar yang berada ditengah nebula ini |
|
Dalam tahun 1974, Joseph Hooton Taylor, Jr. dan Russell Hulse mencerap Pulsar (PSR B1913+16) mengorbit bintang neutron dengan kelajuan lapan jam setiap putaran atas orbit . Penemuan in sekaligus membenarkan teori Einstein dalam "theory of general relativity" yang mengira sistem ini seharusnya mempunyai daya putaran yang tinggi untuk mengelakkannya jatuh ke pusat tarikan hasilnya radiasi medan magnet yang amat kuat dalam sistem ini (ringkas kata "bintang mengorbit bintang lah")
http://www.space.com/scienceastronomy/090404-chandra-nebula.html


















